4 comments

Perlukan Kamera

Published on Tuesday, December 20, 2011 in


Salam..
Bila dah mula menulis ni, banyak benda yang nak diceritakan,dikongsikan, diberitahu dan segala-galanyalah. Lebih menarik kalau sesuatu cerita yang dikongsikan itu disertakan dengan gambar. Sebelum ni banyak gambar yang aku letak  kat dalam blog ni banyaknye aku rembat dari google je. Kamera aku takde. Kamera handphone pun takde. Sebab handphone aku canggih sangat sampai nak ambik gambar pun tak boleh.(hp gua mahal kot.. hahahaha) Sebenarnya susah jugak takde kamera ni. Bukan apa, kalo aku pegi mana-mana tempat ada gambar menarik bleh gak aku snap dan share kat sini. Wat masa ni aku masih belum ada kamera.

 Sebelum ni aku ada memiliki sebuah kamera digital biasa je jenama Canon. Malangnya umurnye tak panjang. Lensa rosak sebab masa aku simpan dalam poket kamera aku ter on sendiri. Bayangkan aku boleh letak dalam poket seluar aku n men tarik-tarik plak kamera aku. Abis jahanam. Tapi masa tu tak jahanam lagi. Ni gamba yang sempat aku ambik sebelum kamera aku tercedera lebih parah


Ni masa majlis bertunang sepupu aku kt Parit Buntar, Simpang Lima

Aku ingat masa ni kamera ni ok lagi. Masa aku pegi Penang tahun 2007 kalo tak salah aku pas dari majlis bertunang ni la. Kamera ni wat masalah. Ni gamba kat bawah membe aku snap aku ngah dok godek-godek kamera aku dengan harapan kamera aku tu ada salah setting ke.


Aku duk adjust kamera.. Kot-kot mahu elok

Akhirnya tak boleh jugak. Aku senyum hati dalam sedihnye. Kamera aku rosak. Aku beli mahal gak. Abis duit PTPTN aku.


Bila ambik gamba, gamba jadi cam pecah-pecah. Camni haa..



Ada gak aku bawak g kedai kamera. Nak try repair kot boleh ke. 
Aku tanya la tokey kedai tu,
"Tokey u boleh bikin ka ini kamera, gamba sudah pecah maa."
"Haaiya, ini barang mau bikin aa mau dalam 300 ringgit wooo, u mau bikin kaa?"
"Tak mau la tokey, mahal maaa.. Tak berbaloi maa gua buat."
"Lu angkat lain."
"Nanti la tokey, gua talak duit maa sikilang".

Sampai la sekarang aku masih takde kamera. Hajat dihati nak beli gak kamera cam dslr gamba kat atas tu. Tapi simpan la dulu hajat tu. ekonomi sekarang amat meleset. Harap suatu hari nanti aku bleh beli kamera dslr tu. Insyaallah.

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

4 Response to Perlukan Kamera

December 20, 2011 at 2:02 PM

nah kamera...ambillah hehehehe ;)

December 20, 2011 at 5:21 PM

bak bak bak.. obg bak.. hahahahaha

December 22, 2011 at 4:02 AM

kamera is very needed when traveling :-)..blog anda sudah saya follow, ditunggu follow backnya :-) http://ideologisaya.blogspot.com/

December 22, 2011 at 4:41 AM

i follow u

Add Your Comment