5 comments

Jawapan Kepada Sebuah Harapan

Published on Wednesday, January 11, 2012 in


Alhamdulillah.....
Aku bersyukur kepada Allah kerana telah memudahkan segala urusanku. Tiada apa lagi yang dapat aku gambarkan dengan rezeki yang telah Engkau kurniakan. Alhamdulillah.

Akhirnya penantian selama sebulan berakhir dengan penempatan untuk guru KPLI Jan 2011. Aku merupakan salah seorang insan yang sangat bertuah kerana terpilih untuk mengikuti kursus  KPLI ini. Yang pertamanya aku bersyukur sangat kerana urusan 'posting' bagi guru KPLI ini tidak memakan masa yang panjang. Satu tempoh yang agak singkat jika nak dibandingkan dengan guru-guru yang lain yang terpaksa menunggu sehingga setahun untuk posting. Setahun adalah satu jangka masa yang sangat panjang. Sedangkan aku duduk di rumah sebulan pun naik penat. Penat menunggu.  Bagaimanapun aku bersyukur kerana dipostingkan seawal ini.

Yang keduanya aku bersyukur kerana penempatan ini mengikut negeri pilihan aku. Tanah tumpahku. Negeri Perak Darul Ridzuan. Bukan semua rakan-rakan dikelasku dapat ditempatkan di negeri pilihan masing-masing. Hanya segelintir. Aku antara yang bertuah. Selebihnya terpaksa akur dengan ketetapan yang telah ditetapkan oleh KPM. Ramai antara rakanku yang akan berkhidmat di selatan tanah air, Johor. Mungkin kekurangan guru di negeri Johor. Manakala negeri kedua yang tertinggi ialah Selangor. Apa pun, dimana pun kita ditempatkan pastikan mutu kerja yang ditunjukkan berada pada tahap yang baik.

Impian untuk menjadi seorang guru semakin hampir. Tarikh 16 Jan 2012 merupakan tarikh keramat kerana secara rasminya aku akan berkhidmat sebagai seorang sensei (guru). Walaupun sebelum ini aku pernah berkhdimat selama 2 tahun sebagai seorang guru sandaran tidak terlatih (GSTT).


GSTT di SMK Malim Nawar 2009 (1 Cekal)


SMK Malim Nawar 2009


Pertama kalinya menyambut Hari Guru dan menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia. Aku nyanyi semangat kot.


GSTT SMK Dato Haji Mohd Taib Chemor, 2010 


Jamuan Akhir Tahun 2 Permata , 2010


 Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS), SK Dato Ahmad Said, 2011



Praktikum, SK SS17, Subang Jaya 2011 


Inilah liku-liku kehidupan aku sebelum bergelar menjadi seorang guru (Sensei)

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

5 Response to Jawapan Kepada Sebuah Harapan

January 11, 2012 at 9:12 AM

parit buntar!!!!!!!!!!!!!!!!!

January 11, 2012 at 12:35 PM

makin pro..hehe..nice..

January 11, 2012 at 4:02 PM

Che pa : boleh aje

saiful : hg punya lagi mantap

January 11, 2012 at 11:08 PM

congrats

April 27, 2012 at 9:28 PM

tq

Add Your Comment