4 comments

SJK (T) Gunung Rapat

Published on Friday, April 13, 2012 in

Lama bebenornya rasanya aku update blog ni. Aku stat posting 16.01.2012 sampai la sekarang tak sempat nak update blog. Aduhai. Mengapa jadi begini. Sibuk sangat ke aku ni. Ke buat-buat sibuk je. Nak kata tak 'on tenet', hari-hari hari kot aku 'on tenet'. Tapi apakan daya, tangan ini tidak mampu untuk menulis. Padahal banyak je benda aku nak cerita kat sini. Tak kira la ada orang nak baca ke idak, awak tetap nak menulis. (cakap je la, nak nulis baru arini nak mula balik ). Patutnya ada satu artikel khas aku nak buat untuk membe aku yang dah nak kawen. Sampai la ni, dah kawen dah pun. Idak juga aku post pasal membe aku ni. Apa pun, hari ni aku dah mula nak menulis balik. Bagus ye Sensei Akmal. (motivasi untuk diri sendiri)

Jadi hari ini, aku nak kongsikan pula cerita di sekolah baru aku. Sekolah pertama aku posting beb. Alhamdulillah sebab aku dipostingkan juga dalam tempoh masa yang tidak terlalu lama sebenarnya dan dapat ditempatkan di tempat kelahiran aku sendiri iaitu di Ipoh Perak. Nama sekolah aku ni, SJK(T) Gunung Rapat. Dekat dengan Megoplex dan juga pekan Ampang dan Ipoh Jaya. Kira tereletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh la. Bilangan kapasiti guru di sekolah ini hanyalah 16 orang sahaja. Dan aku satu-satunya wakil tunggal umat Melayu di sini untuk cikgu la. Staf sokongan ada la sorang lagi melayu. Kerani terbaik namanye. Sebut je pasal kerani ni, aku dah mula panas plak. Menyibuk je masuk dalam blog aku. (ni kes lambat dapat gaji). Kat mana aku tadi. Aaaah... Bilangan murid di sini sikit sahaja. Sekitar 165 orang murid. Jadi purata murid dalam satu kelas hanyalah dalam 28 orang la. Tahun 1 sampai ke Tahun 5 ada satu kelas je kecuali Tahun 6 ada la 2 kelas. Jadi tidak ada masalah untuk aku menyesuaikan diri di sekolah ni. Aku ok je. Semua boleh. Niat cuma nak mengajar dan nak bagi budak-budak dapat ilmu khususnya Bahasa Melayu.

Jom semua. Kita melawat kawasan sekolah SJKT Gunung Rapat

Sekolahku....


Pemandangan hadapan sekolah


Lupa nak bagitau, sekolah ni xde padang rumput. Padang pasir je ada

Sekitar kawasan koridor sekolah



 

Apa keadaan sekalipun sekolah atau tempat keje yang kita dapat, lakukan dengan terbaik. Insyaallah, semoga dipermudahkan dengan segala urusan dan ujian Allah. 




1 comments

Berapakah Haiwan Liar yang Dapat Anda Temukan di Poster WWF Ini?

Published on Friday, January 13, 2012 in


World Wildlife Fund (WWF) melancarkan sebuah poster sebagai bentuk keperihatian terhadap kemusnahan hutan. Dalam poster ini mereka menyembunyikan haiwan-haiwan yang terancam punah yang dikamuflasekan sedemikan rupa dalam sebuah hutan hujan tropika.


Poster tersebut merupakan sebahagian dari kempen hidupan liar WWF, yang bertujuan menyoroti kemusnahan hutan dan membuat orang untuk berfikir sejenak untuk mempertimbangkan berapa banyak hidupan liar yang akan punah jika penggundulan hutan terus berlaku.


Area hutan masih mencakup sekitar 30 peratus dari permukaan dunia, namun saat ini hutan-hutan ditebangi hampir 30 mil persegi per tahun, atau kira-kira seluas Panama. Dimana selama 40 tahun terakhir, hampir 20 peratus dari hutan hujan Amazon telah ditebang.
Dapatkah anda menemukan haiwan-haiwan liar yang disembunyikan dalam poster ini? Jawabannya pada foto dibawah ini.
Marine Garcia, dari desain agency Marcel, mengatakan bahawa empat seniman mengerjakan poster ini secara teliti, untuk mencuba dan menyembunyikan binatang dari pandangan.


“Inti dari poster ini adalah untuk memberitahu orang-orang di dunia bahawa deforestasi (penggondolan hutan) tidak hanya membunuh pohon, namun juga membunuh haiwan liar. Haiwan-haiwan ini disembunyikan kerana dalam waktu dekat kita mungkin tidak dapat melihat mereka lagi, jika deforestasi tidak dihentikan.” tuturnya.


Dapatkah anda menemukan haiwan-haiwan liar yang disembunyikan dalam poster ini? Jawabannya pada foto dibawah ini.

 

5 comments

Jawapan Kepada Sebuah Harapan

Published on Wednesday, January 11, 2012 in


Alhamdulillah.....
Aku bersyukur kepada Allah kerana telah memudahkan segala urusanku. Tiada apa lagi yang dapat aku gambarkan dengan rezeki yang telah Engkau kurniakan. Alhamdulillah.

Akhirnya penantian selama sebulan berakhir dengan penempatan untuk guru KPLI Jan 2011. Aku merupakan salah seorang insan yang sangat bertuah kerana terpilih untuk mengikuti kursus  KPLI ini. Yang pertamanya aku bersyukur sangat kerana urusan 'posting' bagi guru KPLI ini tidak memakan masa yang panjang. Satu tempoh yang agak singkat jika nak dibandingkan dengan guru-guru yang lain yang terpaksa menunggu sehingga setahun untuk posting. Setahun adalah satu jangka masa yang sangat panjang. Sedangkan aku duduk di rumah sebulan pun naik penat. Penat menunggu.  Bagaimanapun aku bersyukur kerana dipostingkan seawal ini.

Yang keduanya aku bersyukur kerana penempatan ini mengikut negeri pilihan aku. Tanah tumpahku. Negeri Perak Darul Ridzuan. Bukan semua rakan-rakan dikelasku dapat ditempatkan di negeri pilihan masing-masing. Hanya segelintir. Aku antara yang bertuah. Selebihnya terpaksa akur dengan ketetapan yang telah ditetapkan oleh KPM. Ramai antara rakanku yang akan berkhidmat di selatan tanah air, Johor. Mungkin kekurangan guru di negeri Johor. Manakala negeri kedua yang tertinggi ialah Selangor. Apa pun, dimana pun kita ditempatkan pastikan mutu kerja yang ditunjukkan berada pada tahap yang baik.

Impian untuk menjadi seorang guru semakin hampir. Tarikh 16 Jan 2012 merupakan tarikh keramat kerana secara rasminya aku akan berkhidmat sebagai seorang sensei (guru). Walaupun sebelum ini aku pernah berkhdimat selama 2 tahun sebagai seorang guru sandaran tidak terlatih (GSTT).


GSTT di SMK Malim Nawar 2009 (1 Cekal)


SMK Malim Nawar 2009


Pertama kalinya menyambut Hari Guru dan menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia. Aku nyanyi semangat kot.


GSTT SMK Dato Haji Mohd Taib Chemor, 2010 


Jamuan Akhir Tahun 2 Permata , 2010


 Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS), SK Dato Ahmad Said, 2011



Praktikum, SK SS17, Subang Jaya 2011 


Inilah liku-liku kehidupan aku sebelum bergelar menjadi seorang guru (Sensei)

0 comments

Tahniah Lee Chong Wei

Published on Sunday, January 8, 2012 in



PEMAIN nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengalahkan Lin Dan
dari China dalam Kejohanan Terbuka Korea 2012 dengan 12- 21, 21-18  
dan 21-14


0 comments

Perhatikan 25 Petanda Ini Pada Diri Anda

Published on in



Informasi ini berguna untuk panduan anda semua .......
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :- 

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan  badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat. 

2. HIDUNGHidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUKi). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONGi) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucata. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
 Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :
 Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAHa) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darahi) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCINGa) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESARa) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarahi) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i)   Sistem jantung yang lemah.
ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
iii)   Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.