0 comments

ND Lala Dirompak Mat Rempit

Published on Friday, December 9, 2011 in


KUALA LUMPUR: “Sukar digambarkan perasaan saya ketika lebih 10 Mat Rempit mengelilingi dan mengepung kereta dengan motosikal mereka sambil menjerit mengarahkan saya keluar.
“Ketika cermin kereta dipecahkan, saya menunduk dan menutup muka dengan tangan kerana takut dicederakan mereka.”
Demikian kata penyanyi dan pelakon, ND Lala ketika menceritakan kejadian dia disamun manakala kereta BMW miliknya dirosakkan sekumpulan Mat Rempit di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 50, berkata sebelum kejadian pada jam 3.40 pagi itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Cheras selepas berjumpa prospek bagi menerangkan mengenai kursus perniagaan dianjurkannya.

Sumber : Harian Metro


Dalam satu temubual dalam rancangan Galaksi, ND Lala menyatakan kesyukuran kepada Allah kerana dia sendiri tidak dicederakan. Malah beliau turut mendoakan supaya anak-anak muda yang merompaknya mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah S.W.T.

Walaupun dirompak dan kehilangan harta dan wang ringgit, namun beliau menganggap apa yang berlaku ada hikmahnya. ND Lala turut menyatakan hasrat untuk memberi bimbingan ataupun ceramah kepada umum bagi membanteras kegiatan ini. Salah satu dari ungkapan katanya yang menarik minat aku, "Kita mesti cuba untuk mengatasi masalah ini bermula dari sekarang walaupun kita tidak dapat mengatasi sepenuhnya. Sekurang-kurangnya kita telah berjaya mengurangkannya."

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

No Response to "ND Lala Dirompak Mat Rempit"

Add Your Comment