0 comments

Kejutan Panggilan Temuduga KPLI

Published on Saturday, December 24, 2011 in


Salam

Dah bapa hari tak menulis ek. Tetiba jadi malas plak. Duk rajin surf internet je. Baca info terkini pasal maklumat dalam dan luar negara. Last-last terus tak jadi menulis. Hehehehe. Jadi hari ini, aku nak share la sikit pasal kejutan panggilan temuduga KPLI ni. Cita ni dah lama. Tapi tak kira, aku nak cita jugak. Apa nak jadik, jadik la. (emo plak). Hahahaha

Masa aku tau dapat tau dapat panggilan temuduga ni aku ada kat Sri Kembangan. Umah kakak aku. Masa tu aku tak pakai Broadband lagi. Memang jammed la aku duk umah akak aku. Mati akal. Tak tau nak buat apa. Membe aku mesej aku. " kema, hg dapat x temuduga kpli". Haaaaa.. Dah kua ke. Aku tak tau pun. Memang tak ambik port sangat sebab yakin tak dapat. Musti gagal M-Test aku. Cam awal tahun dulu. So aku mesej balik. " aku x check lagi. nnt la aku check. kt umah akak aku xde tenet". Aaargh malas la aku nak kua. Aku bukan tau sangat area ni. Silap-silap sesat. Tetiba aku dapat satu mesej lagi, " hg dh setting player" dari membe aku Pade. Ni kes main Fantasy Football la. Alamak aku tak setting lagi ni. tak boleh jadik ni. Kena setting. " aku blum setting" aku balas mesej Pade. Petang tu jugak aku keluar pegi cari cyber cafe. Tujuan utama nak setting player.

Dah lama aku duk pusing kat area Sri Kembangan, baru la jmpa cyber cafe. Dah la susah mau parking. Nasib dapat gak setelah 17 kali berpusing cari parking. Tensen aku. Aku pun masuk dalam, on pc. Lembap plak pC ni.(mood x elok. penat cari parking). So aku pun surf la tenet. Bukak web yang biasa aku tengok, aku baca, aku lihat. Setting player. Tetiba aku nampak ada mamat selang 2 belah aku ngah excited nak bukak tenet. Dalam hati aku, " tak pernah jumpa pC ke mamat ni". Aku tengok la apa kebenda website yang dia bukak. Ohhhhh. Dia check semakan panggilan temuduga rupanya. Aku baru teringat. Terus aku surt emoe.gov.my. Memang takde tekanan langsung aku nak check. Ni laman webnye.

Sila masukkan no i/c. Aku pun masukkan la no i/c aku ni. Dah masuk kena la tekan button semak. Aku pun tekan la. Tapi aku memang tak konfiden langsung nak dapat. Aku yakin mesti keluat screen, Maaf anda gagal. Tu yang aku jangka. Tapi bila aku tekan je  button semak, terus keluar screen. Tahniah, anda berjaya dipanggil untuk temuduga KPLI ambilan Jan 2011. Betul ke ni. Aku check nama yang keluar. Betul nama aku. No i/c aku pun betul.

Aku tak percaya. Aku masukkan sekali lagi no I/c aku. Keluar juga screen, Tahniah, anda berjaya dipanggil untuk temuduga KPLI ambilan Jan 2011. Ya Allah. Tu je yang mampu keluar dari mulut aku. Tapi aku masih terkejut. Bukan apa, bukan senang nak lepas ujian M-Test ni. Bilangan calon ada dalam 60000 orang. Aku antara yang terpilih. Ya Allah, aku bersyukur..

Jeng.. Jeng.. Bersambung

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

No Response to "Kejutan Panggilan Temuduga KPLI"

Add Your Comment