Lama bebenornya rasanya aku update blog ni. Aku stat posting 16.01.2012 sampai la sekarang tak sempat nak update blog. Aduhai. Mengapa jadi begini. Sibuk sangat ke aku ni. Ke buat-buat sibuk je. Nak kata tak 'on tenet', hari-hari hari kot aku 'on tenet'. Tapi apakan daya, tangan ini tidak mampu untuk menulis. Padahal banyak je benda aku nak cerita kat sini. Tak kira la ada orang nak baca ke idak, awak tetap nak menulis. (cakap je la, nak nulis baru arini nak mula balik ). Patutnya ada satu artikel khas aku nak buat untuk membe aku yang dah nak kawen. Sampai la ni, dah kawen dah pun. Idak juga aku post pasal membe aku ni. Apa pun, hari ni aku dah mula nak menulis balik. Bagus ye Sensei Akmal. (motivasi untuk diri sendiri)
Jadi hari ini, aku nak kongsikan pula cerita di sekolah baru aku. Sekolah pertama aku posting beb. Alhamdulillah sebab aku dipostingkan juga dalam tempoh masa yang tidak terlalu lama sebenarnya dan dapat ditempatkan di tempat kelahiran aku sendiri iaitu di Ipoh Perak. Nama sekolah aku ni, SJK(T) Gunung Rapat. Dekat dengan Megoplex dan juga pekan Ampang dan Ipoh Jaya. Kira tereletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh la. Bilangan kapasiti guru di sekolah ini hanyalah 16 orang sahaja. Dan aku satu-satunya wakil tunggal umat Melayu di sini untuk cikgu la. Staf sokongan ada la sorang lagi melayu. Kerani terbaik namanye. Sebut je pasal kerani ni, aku dah mula panas plak. Menyibuk je masuk dalam blog aku. (ni kes lambat dapat gaji). Kat mana aku tadi. Aaaah... Bilangan murid di sini sikit sahaja. Sekitar 165 orang murid. Jadi purata murid dalam satu kelas hanyalah dalam 28 orang la. Tahun 1 sampai ke Tahun 5 ada satu kelas je kecuali Tahun 6 ada la 2 kelas. Jadi tidak ada masalah untuk aku menyesuaikan diri di sekolah ni. Aku ok je. Semua boleh. Niat cuma nak mengajar dan nak bagi budak-budak dapat ilmu khususnya Bahasa Melayu.
Jom semua. Kita melawat kawasan sekolah SJKT Gunung Rapat
Sekolahku.... |
Pemandangan hadapan sekolah |
Sekitar kawasan koridor sekolahApa keadaan sekalipun sekolah atau tempat keje yang kita dapat, lakukan dengan terbaik. Insyaallah, semoga dipermudahkan dengan segala urusan dan ujian Allah. |

4 comments