0 comments

Kembali Menulis

Published on Friday, December 9, 2011 in

Assalamualaikum....
Salam 1Malaysia

Akhirnya kembali menulis setelah sekian lama berhenti dari kerja menulis ni. Kalo ikutkan memang dari dulu lagi aku berminat nak menulis, tapi apakan daya disebabkan oleh beberapa faktor luaran dan dalaman (banyak gila alasan) menyebabkan tangan ini tidak mampu untuk menulis. Dulu aku dah ada satu blog, awal 2010 kot aku ada buat. Ada la dalam 3 ke 4 post sempat dibuat sebelum semua itu terhenti dengan sengajanya atau tidak disengajakan. Tapi blog itu masih wujud. Cuma aku dah tidak buat apa-apa la kat situ. Cuma lalu-lalang makan angin je kat situ. Mungkin suatu masa nanti aku kan kembali menulis kat blog satu lagi tu. Jika pintu hati terbuka la.
Ok nak cita banyak pun tak guna la. Sekarang ni kita cita benda baru la. Takkan nak cita benda lama kan. Untuk blog baru ini, tujuan akau buat adalah untuk dapatkan duit.. Ehhh.. silap-silap. Bukan la (kantoi sudah). Sebenarnya banyak benda yang kau nak cita kat blog aku ini. Kata orang dah cam diari la. Kalo bleh aku nak share apa-apa sajalah info yang berguna, berita terbaru, kesihatan dan apa-apa je lah. Semua boleh. Bak kata pensyarah psikologi aku, Encik Kalid la, semua boleh, Malaysia Boleh. Jadi aku pun dah tergerak hati nak menulis ni, maka dengan ini saya dengan bangganya merasmikan blog ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Akhirnya blog ini akan dirasmikan dengan penuh bergaya.

* Minta maaf sekiranya penggunaan bahasa dan perkataan bercampur-aduk.


Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

No Response to "Kembali Menulis"

Add Your Comment